Ini Identiti SEBENAR Ayahanda Rani Kulup Dulu2 Dalam Tentera. Ramai TERKEJUT Bila Tau.

Sharing is caring!

Ayahanda Rani Kulup popular dengan rekod orang paling banyak buat report polis di Malaysia. Tapi tak ramai tahu, 30 tahun dahulu dia adalah anggota tentera ATM dan lebih mengejutkan lagi unit yang disertainya. RESPEK. Jom baca dan kongsikan.

SERTAI TENTERA SEJAK UMUR 18 TAHUN

Loading...

Ramai yang tak kenal Ayahanda Rani Kulup ni rupanya. Lihat kiri sekali tgh pegang kertas.

Ayahanda Rani Kulup menyertai bidang ketenteraan ketika usianya masih muda dan sentiasa bertekad melindungi masyarakat sehingga kini.

“Saya menyertai tentera ketika umur saya 18 tahun, masa itu kita (negara kita) berkonfrontasi dengan komunis (PKM), seluruh negara tidak terkecuali kepada sabotaj komunis, di Perak Kedah, Kelantan, Pahang, termasuk Sarawak.

MENENTANG KOMUNIS

“Saya sendiri pernah bertempur dengan pengganas komunis di Gua Musang Kelantan, selepas itu, saya bertempur lagi di Kuala Kacau, dan Nibong,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Online.

Menceritakan dengan lebih lanjut, Ayah Arka berkata, pasukannya pernah berdepan dengan pengalaman ngeri terkena jerangkap samar yang dipasang oleh pihak musuh.

Loading...

“Ia dalam satu misi yang dinamakan misi risik gempur, masa itu, memang ada pasukan khas dalam pasukan tentera. Selain pasukan komando, kita juga ada pasukan perisik.

“Saya kira saya sudah sertai lebih dari 65 operasi sejak saya berkhidmat dalam ATM. Segala pahit maung, asam garam, kepayahan dalam menentang komunis sehinggalah ancaman komunis dalam hutan sudah tidak ada,” kongsinya. – Sumber Sinar

TAMBAHAN NOTA

Pada ketika itu didalam tentera darat terdapat satu unit Risik Gempur yang di kenali sebagai UCIS atau Unit Combat Intelligence Squad

All the members of the UCIS have a red lanyard on the right. They wear a patch with an eagle hoding a dagger in it’s claw. They operate in 5 men teams. Everyone is a trained signaller, combat medic, trained in demolitions and other specialities. – Sumber DSwami

IDENTITI SEBENAR

Kalau perasan, dalam temuramah dengan pemberita Ayahanda Rani Kulup tak pernah bagitau yang dia adalah anggota tentera unit komando (Risik Gempur UCIS) yang sangat power. Begitu rendah dirinya. Hanya anggota tentera je tau bila tengok gambar Ayahanda Rani Kulup muda2 tu. Power.


KOMEN NETIZEN

Sumber : MMP

“BENAR, MEREKA TELAH DINIKAHKAN DALAM MAJLIS TERTUTUP”- ABANG KANDUNG FAZURA SAHKAN PERNIKAHAN NUR FAZURA DAN FATTAH AMIN..

Loading...

“Benar, Mereka Telah Dinikahkan Dalam Majlis Tertutup”- Abang Kandung Fazura Sahkan Pernikahan Nur Fazura Dan Fattah Amin..

Pasangan pelakon Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, bukan berkahwin secara rahsia, sebalik­nya majlis tersebut diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja demi memastikan privasi kedua-dua belah pihak.

Menurut sumber kepada Mingguan Malaysia, Fattah dan Fazura telah pun selamat diijabkabulkan sekitar pukul 12.30 tengah malam, 14 November lalu di banglo kediaman nenek pelakon wanita jelita itu di Petaling Jaya, Selangor.

Dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan salah seorang abang kandung Fazura sendiri, pernikahan bintang filem Qaisy dan Laila itu berjalan dengan penuh sederhana tetapi sempurna.

“Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 malam pada tarikh itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu.

“Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memi­lih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal,” beritahu sumber tersebut.

Menurut sumber yang sama, pada awalnya majlis pernikahan dirancang untuk diadakan di Tanah Suci Mekah tetapi pada saat-saat akhir keputusan diubah pada hari pertunangan mereka. Pasangan itu bertunang sehari sebelumnya, iaitu pada 13 November di lokasi yang sama.

“Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.

“Oleh itu, pada hari pertunang­an mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah,” jelas sumber yang sama.

Bagaimanapun sehingga kini, baik Fattah mahupun Fazura belum membuat sebarang pengesahan atau pengumuman rasmi mengenai status terkini mereka.

Malah, pihak pengurusan kedua-dua belah pihak juga hanya mendiamkan diri dan menjelaskan majlis yang berlangsung di ke­diaman nenek Fa­zura itu hanyalah ken­duri doa selamat sempena pemergian pasangan ini ke Tanah Suci.

Fattah dan Fazura bersama kedua-dua keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah pada 15 November dan dijangka pulang pada 23 November depan.

Sementara itu, tinjauan Mingguan Malaysia mendapati banyak pihak telah memberikan restu kepada ‘pernikahan’ pasangan ini dan menganggap ia adalah satu kejayaan yang baik dalam hubungan cinta mereka.

Rata-rata peminat Fattah dan Fazura mendoakan agar rumah tangga yang dibina mampu memberi kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan kepada kedua-duanya selepas ini.

Loading...

Fattah dan Fazura dipertemukan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada awal tahun lalu, dan semenjak itu banyak peminat mengharapkan mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih dan berkahwin.

Dalam pertemuan untuk sesi fotografi akhbar sisipan Pancaindera Mingguan Malaysiasebelum ini, Fazura pernah memberitahu penulis bahawa dia bersedia seandainya Fattah adalah lelaki yang dijodohkan oleh Allah SWT dengan dirinya.

Sumber: UTUSAN

Di kemaskini dan Di olah Oleh : Kisah Benar Media Network
Loading...